OnePlus 7T Kini Rasmi Dengan Snapdragon 855 Plus, OxygenOS 10 Dan Skrin Fluid AMOLED 90Hz Comments Off on OnePlus 7T Kini Rasmi Dengan Snapdragon 855 Plus, OxygenOS 10 Dan Skrin Fluid AMOLED 90Hz 290

OnePlus baru-baru ini telah melancarkan satu lagi peranti mercunya iaitu OnePlus 7T yang merupakan versi naik taraf untuk siri OnePlus 7 yang sebelum ini diperkenalkan pada Mei 2019 yang lepas.

OnePlus 7T kini telah dioperasikan dengan cipset yang lebih berkuasa iaitu Snapdragon 855 Plus yang menjanjikan prestasi CPU dan GPU yang dipertingkatkan. Jika dilihat pada rekaan fizikal depan, OnePlus 7T sebenarnya kelihatan mirip seakan-akan model OnePlus 7 kerana ia tampil dengan rekaan takuk kecil bagi menempatkan kamera depan beresolusi 16MP (f/2.0).

Apa yang membezakan OnePlus 7T adalah penampilan panel belakangnya yang menyokong keupayaan penggambaran tiga kamera dengan rekaan bulat yang kini menjadi trend pengeluar. Malah prestasi penggambarannya juga telah dipertingkatkan dengan sokongan tiga lensa beresolusi 48MP (f/1.6) + 12MP (Telephoto, f/2.2, 2x zum optikal) + 16MP (Ultra Wide, f/2.2).

Ia juga menyokong bateri berkapasiti 3800mAh dengan teknologi pengecasan pantas Warp Charge 30T yang dikatakan 23% lebih pantas jika dibandingkan dengan teknologi Warp Charge 30W sebelum ini.

OnePlus 7T yang dioperasikan dengan OxygenOS 10 berasaskan Android 10 ini tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Glacier Blue dan juga Frosted Silver. Varian 128GB dijual pada harga INR37,999 (~RM2,248), manakala varian 256GB pula dijual pada harga INR39,999 (~RM2,367).

Spesifikasi:

  • OxygenOS 10 (Android 10)
  • Qualcomm Snapdragon 855 Plus
  • 8GB + 128GB (UFS 3.0) / 8GB + 256GB (UFS 3.0)
  • 6.55 inci Fluid AMOLED FHD+ (2400 x 1080 piksel)
  • 3D Corning Gorilla Glass, HDR10+, 90Hz
  • Kamera utama: 48MP (f/1.6, PDAF, Laser AF, OIS) + 12MP (Telephoto, f/2.2, 2x zum optikal, PDAF) + 16MP (Ultra Wide, f/2.2)
  • Kamera depan: 16MP (f/2.0)
  • 3800mAh (Warp Charge 30T)
  • Pengimbas cap jari dalam skrin optikal
  • Bluetooth 5.0, NFC, Speaker stereo dengan Dolby Atmos
  • Glacier Blue, Frosted Silver

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend