OnePlus 7 Pro Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2,999 Comments Off on OnePlus 7 Pro Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2,999 698

Hari ini XianFeng Technology selaku pengedar rasmi jenama OnePlus di Malaysia telah melancarkan model terbaharu OnePlus 7 Pro untuk pasaran tempatan secara rasmi.


Dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855, ia turut dilengkapi dengan sistem penyejukan 10-lapis vapor chamber. Digandingkan dengan memori RAM sehingga 12GB dan juga ruang storan mencecah sehingga 256GB.

OnePlus 7 Pro turut tersedia dengan keupayaan penggambaran tiga kamera yang menampilkan lensa 48MP (f/1.6, Sony IMX586, OIS + EIS) + 8MP (f/2.4, Telephoto 3x zum optikal) + 16MP (f/2.4, Ultra Wide Angle). Manakala untuk kamera depan pula ia hadir dengan rekaan kamera terangkat beresolusi 16MP.

Hadir dengan paparan skrin Fluid AMOLED berukuran 6.67 inci dengan resolusi QHD+, OnePlus 7 Pro turut menyokong teknologi paparan HDR10+ dan juga kadar segar semula skrin yang boleh ditetapkan pada 90Hz. Selain itu, pengimbas cap jari dalam skrin generasi ketiga turut tersedia, bagi menjanjikan proses nyahkunci yang lebih pantas berbanding OnePlus 6T.

Satu lagi kelebihan OnePlus 7 Pro adalah sokongan bateri berkapasiti 4000 mAh dengan teknologi pengecasan pantas Warp Charge 30W (5V6A).

Ditawarkan dalam dua pilihan warna Mirror Gray Nebula Blue dan OnePlus dijual pada harga seperti berikut:

  • 6GB + 128GB – RM2,999
  • 8GB + 256GB – RM3,699
  • 12GB + 256GB – RM4,199

OnePlus 7 Pro juga boleh dipra-tempah melalui Shopee untuk varian 8GB dan 12GB. Setiap pra-tempah akan turut menerima OnePlus Bullets Wireless Earphone dan juga baucar Shopee bernilai RM200.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend