OnePlus 7 Pro Dipercayai Menggunakan Skrin ‘Fluid AMOLED’ Dengan Paparan Fleksibel 60Hz dan 90Hz Comments Off on OnePlus 7 Pro Dipercayai Menggunakan Skrin ‘Fluid AMOLED’ Dengan Paparan Fleksibel 60Hz dan 90Hz

Dipercayai akan dilancarkan secara rasmi pada pertengahan bulan ini, OnePlus 7 Pro terlebih dahulu telah dinobatkan oleh DisplayMate sebagai telefon pintar dengan paparan skrin terbaik pernah dihasilkan. Tampil dengan panel skrin jenis AMOLED, ia telah berjaya menerima pengiktirafan tertinggi iaitu A+.

Berdasarkan ketirisan maklumat yang telah dikongsikan baru-baru ini, OnePlus 7 Pro sebenarnya merupakan telefon pintar pertama di pasaran yang akan menyokong kadar segar semula yang fleksibel antara 60Hz dan juga 90Hz. Sokongan paparan sebegini sudah tentunya mampu menjanjikan penggunaan tenaga yang lebih efisien.

Ketirisan imej OnePlus 7 Pro dengan sokongan paparan skrin penuh, kamera depan terangkat dan juga dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855.

Jadi tidak hairanlah mengapa teknologi paparan baharu yang diperkenalkan khusus untuk OnePlus 7 Pro ini telah menelan belanja yang sangat besar berbanding penghasilan paparan skrin sedia ada di pasaran.

Baca juga:

Paparan Skrin OnePlus 7 Pro Mendapat Penarafan Tertinggi Daripada DisplayMate

OnePlus 7 Pro Disahkan Menyokong Teknologi Paparan Baharu Dengan Rangkaian 5G

OnePlus 7 Pro Dipercayai Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 14 Mei 2019 Nanti

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend