OnePlus 7 Pro Catat Skor 111 Dalam DxOMark, Hanya Satu Mata Di Bawah P30 Pro Dan Galaxy S10 5G Comments Off on OnePlus 7 Pro Catat Skor 111 Dalam DxOMark, Hanya Satu Mata Di Bawah P30 Pro Dan Galaxy S10 5G 131

OnePlus 7 Pro baru sahaja dilancarkan secara rasmi dan sebagaimana yang kita ketahui ia bukan sahaja menampilkan sokongan spesifikasi yang berkuasa, tetapi turut menjanjikan keupayaan penggambaran antara yang terbaik boleh anda miliki di pasaran buat masa ini.

Dengan sokongan tiga kamera beresolusi 48MP (f/1.6) + 16MP (f/2.2, Ultra Wide Angle) + 8MP (f/2.4, Telephoto), OnePlus 7 Pro kini telah berjaya memperolehi skor sebanyak 111 mata daripada DxOMark. Ini sekaligus meletakkan OnePlus 7 Pro sebagai telefon pintar berkamera ketiga terbaik dalam senarai tersebut, iaitu hanya satu mata membezakannya dengan Huawei P30 Pro dan juga Samsung Galaxy S10 5G.

Jika dilihat pada skor yang lebih spesifik, OnePlus 7 Pro mencatatkan 118 mata untuk skor kamera statik iaitu satu mata lebih tinggi berbanding Galaxy S10 5G. Manakala untuk rakaman video pula ia memperolehi 98 mata, juga satu lebih berbanding Huawei P30 Pro.

Contoh hasil gambar yang diambil menggunakan OnePlus 7 Pro:

Untuk prestasi kamera swafoto beresolusi 16MP (f/2.0) pada OnePlus 7 Pro pula hanya berjaya mencatatkan 86 mata, iaitu lebih rendah berbanding Huawei P30 Pro (89 mata) ataupun Samsung Galaxy S10 5G (97 mata).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend