OnePlus 6T Disahkan Menggunakan Pengimbas Cap Jari Optikal Pada Skrin Comments Off on OnePlus 6T Disahkan Menggunakan Pengimbas Cap Jari Optikal Pada Skrin

OnePlus 6T yang akan diperkenalkan tidak lama lagi dikatakan akan dilengkapi sistem nyahkunci peranti yang lebih canggih. Oleh kerana OnePlus, Oppo, dan Vivo berada di bawah satu syarikat yang sama iaitu BBK Electronic, OnePlus 6T akan hadir dengan pengimbas cap jari pada skrin.

Terkini, OnePlus telah mengesahkan 6T akan hadir dengan teknologi pengimbas cap jari pada skrin jenis optikal. Teknologi ini dilihat mundur kerana jenis biometrik dilihat lebih pantas dan tepat dalam pengimbasan jari. Malah, jenis optikal tidak mampu membaca cap jari 3D yang dapat dilakukan pada biometrik.

Bagaimanapun, ini hanya teori asas dan kita yakin pihak OnePlus akan berusaha meningkatkan kelajuan pengimbasan melalui bantuan perisian.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend