OnePlus 6 Varian 256GB + RAM 8GB Kini Mula Dijual Di India Dalam Warna Midnight Black Comments Off on OnePlus 6 Varian 256GB + RAM 8GB Kini Mula Dijual Di India Dalam Warna Midnight Black

OnePlus 6 dilancarkan secara rasmi di London pada pertengahan Mei yang lalu, dan India merupakan antara negara terawal selain China yang menerima kemasukan model ini. Malah OnePlus turut mengumumkan kemunculan OnePlus 6 edisi terhad Marvel Avengers yang dikatakan akan turut dijual secara eksklusif untuk pasaran di India dan juga China.

OnePlus 6 telah diperkenalkan dalam tiga warna pilihan iaitu Mirror Black dengan kemasan berkilat, dan juga Midnight Black serta Silk White dengan kemasan kusam.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini OnePlus 6 hanya ditawarkan dalam dua varian sahaja untuk pasaran di India iaitu 64GB + RAM 6GB dalam kemasan warna Mirror Black dan juga 128GB + RAM 8GB dalam kemasan warna Midnight Black dan Silk White. Hari ini satu lagi varian telah ditawarkan untuk pengguna di negara itu dengan kehadiran varian tertinggi iaitu 256GB + RAM 8GB.

Ditawarkan dalam kemasan warna Midnight Black, varian tertinggi OnePlus 6 ini akan dijual bermula 10 Julai 2018 nanti pada harga Rs.43,999 (kira-kira RM2,586). Sebagai rujukan, varian 64GB + RAM 6GB dijual pada harga Rs.34,999 (kira-kira RM2,057), manakala varian 128GB + RAM 8GB pula boleh dimiliki pada harga Rs.39,999 (kira-kira RM2,350).

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend