OnePlus 6 Edisi Terhad Marvel Avengers Tampil Dengan Kemasan Lebih Unik Serta Sarung Pelindung Iron Man Eksklusif Comments Off on OnePlus 6 Edisi Terhad Marvel Avengers Tampil Dengan Kemasan Lebih Unik Serta Sarung Pelindung Iron Man Eksklusif

Khabar angin tentang edisi terhad Marvel Avengers: Infinity War untuk OnePlus 6 sudahpun tersebar sebelum ini, dan akhirnya ia sudahpun dilancarkan secara rasmi. Walaupun varian istimewa ini tidak diumumkan pada majlis pelancaran OnePlus 6 di London, laman sesawang OnePlus di China dilihat sudah mula mendedahkan sokongan spesifikasi, harga dan juga aksesori OnePlus 6 edisi terhad ini.

OnePlus 6 Edisi Terhad Marvel Avengers ini menyokong spesifikasi yang sama seperti varian tertinggi yang ditawarkan pada OnePlus 6 iaitu hadir dengan storan sebesar 256GB dan juga RAM 8GB. Spesifikasi lain yang disokong masih dikekalkan sama iaitu dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, paparan skrin 6.28 inci Optic AMOLED FHD+, dwi kamera 16 Megapiksel + 20 Megapiksel, kamera hadapan 16 Megapiksel, dan juga bateri berkapasiti 3300 mAh.

Apa yang membezakannya dengan varian biasa, OnePlus 6 edisi terhad ini menampilkan panel belakang dengan kemasan seperti kevlar (carbon fibre) dan logo OnePlus serta logo Marvel Avengers telah menerima sentuhan warna keemasan. Malah kemasan warna emas ini juga dapat dilihat pada butang alert di sisi kanan kerangka.

Di dalam kotak pembungkusan OnePlus 6 Edisi Terhad Marvel Avengers ini juga turut didatangkan dengan sarung pelindung eksklusif yang menampilkan rekaan topeng Iron Man yang direka khusus untuk model istimewa ini. Selain itu, setiap pembeli akan turut menerima secara rawak satu Avenger Medal dan terdapat sebanyak 6 pingat dengan karakter Avengers berbeza.

OnePlus 6 Edisi Terhad Marvel Avengers ini akan dijual secara eksklusif di China dan India pada harga CNY4,199 iaitu kira-kira RM2,620. Sungguhpun begitu, masih belum didedahkan bila model istimewa ini akan mula dijual di pasaran.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend