OnePlus 6 Dikatakan Hadir Dengan Skrin AMOLED 6.28″, Kamera Swafoto 20MP Dan Bateri 3340 mAh Comments Off on OnePlus 6 Dikatakan Hadir Dengan Skrin AMOLED 6.28″, Kamera Swafoto 20MP Dan Bateri 3340 mAh

Berdasarkan kepada rekaan yang tertiris sebelum ini, OnePlus 6 dilihat menampilkan identiti rekaan panel skrin yang mirip seperti vivo X21, vivo V9, dan juga OPPO R15. Malah berita mengenai kebocoran harga jualannya juga telah didedahkan di Internet iaitu USD749.

Akhirnya satu lagi khabar angin terbaru telah tersebar yang menyaksikan sokongan spesifikasi asas OnePlus 6 yang sudah tentunya mampu menarik perhatian pengguna yang inginkan sebuah peranti flagship pada harga yang jauh lebih murah berbanding peranti flagship yang lain di pasaran.

OnePlus 6 dipercayai menyokong paparan skrin AMOLED FHD+ (2280 x 1080 piksel) berukuran 6.28 inci dengan nisbah 19:9, dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo, dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, dan bateri berkapasiti 3340 mAh. Dari segi penggambaran pula, ia hadir dengan dwi kamera utama 20 Megapiksel (f/1.7) + 16 Megapiksel (f/1.7). Kamera depannya pula menyokong lensa beresolusi 20 Megapiksel (f/2.0) berbanding 16 Megapiksel pada OnePus 5T sebelum ini.

Dengan ruang storan sebesar 128GB + RAM 6GB, OnePlus 6 memiliki ketebalan kerangka hanya 7.5mm dan juga berat sekitar 175g.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend