OnePlus 5T Star Wars Mendarat Di Malaysia Comments Off on OnePlus 5T Star Wars Mendarat Di Malaysia

Pada tahun lalu, OnePLus melancarkan variasi model 5T yang cukup istimewa. Namun sayangnya model tersebut hany dijual di negara tertentu sahaja, menyebabkan ramai yang hanya mampu terliur melihat dari jauh, terutamanya peminat Star Wars.

Namun kini, korang tak perlu kempunan lagi, nampaknya ada reseller yang sudah membawa masuk OnePlus 5T Edisi Star Wars ke pasaran tempatan pada harga RM 2,799. Variasi ini mempunyai cacahan logo Star Wars pada bahagian belakang supaya korang boleh berlagak sebagai fan Star Wars yang terulung. Berikut adalah spesifikasi model ini

 

  • Skrin sentuh kapasitif 6.01 inci Optic AMOLED, 16M colors
  • Android 7.1.1 (Nougat)
  • Qualcomm MSM8998 Snapdragon 835
  • Panel kaca, kerangka aluminum
  • 128 GB ROM + 8 GB RAM
  • Dwi-kamera: 16 MP + 20 MP Camera
  • Pengesan cap jari, accelerometer, gyro, proximity, compass
  •  3300 mAh

 

Kalau rasa nak beli, bolehlah dapatkan di stor Lazada ni.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend