OmniVision Perkenal Sensor Kamera 64MP Dengan Sokongan Rakaman Video 8K – OV64C Comments Off on OmniVision Perkenal Sensor Kamera 64MP Dengan Sokongan Rakaman Video 8K – OV64C

Sebelum ini Samsung dan Sony, masing-masing telahpun hadir dengan teknologi sensor kamera beresolusi 64MP dengan kehadiran sensor Samsung ISOCELL Bright GW1 dan juga Sony IMX 686.

Nampaknya OmniVision juga tidak mahu ketinggalan apabila baru-baru ini ia telahpun memperkenalkan sensor kamera 64MP pertamanya dengan pengumuman OV64C yang menyokong saiz piksel sebesar 0.8 micron dan format optikal 1/17″.

Sensor kamera OmniVision OV64C menampilkan 2×2 Microlens Phase Detection Autofocus (ML-PDAF) bagi meningkatkan ketepatan auto fokus, terutamanya dalam persekitaran kurang cahaya. Ia juga turut dilengkapi fungsi rakaman video 8K pada 30 fps.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend