Nubia Z18 Dengan Takuk Kecil Akan Diperkenalkan Pada 5 September Comments Off on Nubia Z18 Dengan Takuk Kecil Akan Diperkenalkan Pada 5 September

Bulan depan, Nubia akan melancarkan telefon pintar induk terbaharu mereka di China. Melalui satu poster acah yang dikeluarkan oleh syarikat di bawah ZTE ini di akaun Weibo mereka, peranti itu akan diperkenalkan pada 5 September depan menawarkan peranti dengan skrin bertakuk kecil.

Info yang diterima mengatakan dua varian itu ialah Nubia Z18 dan Z18s yang memiliki takuk kecil serta skrin sekunder di sebelah belakang. Berdasarkan ujian GeekBench yang tertiris juga, ia mungkin dilengkapi pemproses Snapdragon 845 dan akan mengenakan memori 6GB RAM dan sistem operasi Android 8.1 Oreo – berbanding Nubia Z17 yang menggunakan Snapdragon 835 untuk tahun lepas.

Nubia Z18 nampaknya mengambil sedikit ilham reka bentuk daripada Essential PH-1 untuk skrin, dan Meizu Pro 7 untuk skrin sekunder. Apa-apapun kita tunggu sehingga pelancaran rasmi kelak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend