Nubia Red Magic Mars Edisi Terhad RNG Diperkenalkan Di China Comments Off on Nubia Red Magic Mars Edisi Terhad RNG Diperkenalkan Di China

Baru-baru ini anak syarikat ZTE, Nubia telah memperkenalkan sebuah peranti gaming edisi istimewa ke pasaran China. Red Magic Mars RNG merupakan peranti edisi terhad yang dibina berasaskan Red Magic Mars yang dilancarkan pada akhir tahun lalu.

Peranti ini dikeluarkan melalui kolaberasi dengan Royal Never Give Up, pasukan e-sukan League of Legends di China. Apa yang menjadikan ia lebih istimewa adalah cetakan tandatangan kesemua pemain di panel belakang peranti. Namun ia hanya didatangkan dengan satu pilihan warna sahaja iaitu merah.

Spesifikasinya pula masih sama seperti model terdahulu dengan paparan 6-inci HD penuh bernisbah 18:9, cip pemproses Snapdragon 845, konfigurasi kamera belakang 16MP f/1.8 dan kamera depan 8MP yang menyokong nyahkunci menggunakan wajah.

Nubia Red Magic Mars RNG dijual pada harga CNY3,299 (~RM1985) untuk 8GB RAM dan CNY3888 (~RM2340) untuk 10GB RAM. Setakat ini tiada berita mengenai ketersediaan peranti ini untuk pasaran di luar China.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend