Nubia Red Magic 5G Bakal Dibekalkan Pengecasan Pantas 80W Comments Off on Nubia Red Magic 5G Bakal Dibekalkan Pengecasan Pantas 80W

Telefon dengan pengecasan paling pantas setakat ini ialah pada OPPO Reno Ace yang menggunakan teknologi SuperVOOC 65W. Melaluinya, bateri boleh dipenuhkan dari kosong ke 100% hanya dalam masa 30 minit.

Teknologi ini nampaknya bakal ditandingi oleh Nubia Red Magic 3 5G tidak lama lagi memandangkan ia bakal dibekalkan teknologi pengecasan pantas setinggi 80W.

Maklumat mengenainya telah tertiris baru-baru ini menerusi gambar yang ditangkap pada skrin peranti menunjukkan arus ampere sebanyak 9.6 amps dan 8.4 voltan selain menyokong sambungan berprotokol USB-PD.

Terdahulu, Nubia Red Magic 3 5G dipercayai akan dilengkapi paparan dengan kadar segar semula 144Hz diikuti sistem kuasa daripada cip pemproses Snapdragon 865. Peranti ini akan diperkenalkan tidak lama lagi sebagai telefon permainan pertama dengan sokongan 5G.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend