Nubia Red Magic 3S Kini Rasmi Dengan Snapdragon 855 Plus, UFS 3.0 Dan Sistem Penyejukan Lebih Baik Comments Off on Nubia Red Magic 3S Kini Rasmi Dengan Snapdragon 855 Plus, UFS 3.0 Dan Sistem Penyejukan Lebih Baik

Seperti yang telah dijanjikan, kini Nubia telahpun melancarkan peranti gaming terbaharunya iaitu Red Magic 3S secara rasmi. Diperkenalkan sebagai versi naik taraf untuk model asal yang diperkenalkan pada Mei 2019 yang lalu, Red Magic 3S dilihat telah menampilkan sokongan spesifikasi yang telah dipertingkatkan dengan prestasi yang lebih berkuasa.

Dari segi penampilan luaran, hampir keseluruhan rekaan Red Magic 3S dikekalkan sama seperti Red Magic 3. Perbezaan utama yang dapat dilihat adalah sokongan cetakan nama ‘RED MAGIC 3S’ pada panel belakangnya, dan juga pembaharuan rekaan lubang angin yang kelihatan lebih moden.

Manakala dari segi spesifikasinya pula, Red Magic 3S telah dikuasakan oleh cipset lebih berkuasa daripada Snapdragon 855 Plus dengan kombinasi Adreno 640 yang mampu menjanjikan prestasi CPU dan GPU lebih baik. Tidak cukup dengan itu, ia juga turut menyokong storan UFS 3.0 yang lebih pantas.

Seiring dengan peningkatan prestasi, pengalaman permainan Red Magic 3S terasa lebih baik kerana ia telah dilengkapi dengan sistem penyejukan ICE 2.1 yang menyokong kombinasi kipas penyejuk, sistem penyejukan cecair dan juga tiub tembaga untuk pelepasan haba lebih efisien melalui rekaan lubang angin yang dipertingkatkan.

Red Magic 3S tersedia dalam dua varian berbeza iaitu 8GB + 128GB pada harga CNY2,999 (~RM1,759)dan 12GB + 256GB pada harga CNY3,799 (~RM2,229).

Spesifikasi Nubia Red Magic 3S:

  • RedMagic OS 2.1 (Android 9.0 Pie)
  • Qualcomm Snapdragon 855 Plus
  • 8GB + 128GB (UFS 3.0) / 12GB + 256GB (UFS 3.0)
  • 6.65 inci AMOLED FHD+ dengan paparan 90Hz(19.5:9)
  • Kamera depan: 16MP
  • Kamera utama: 48MP (Sony IMX586, f/1.7) dengan rakaman video 8K
  • 5000mAh (pengecasan pantas 27W)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, Bicu audio 3.5mm, USB Type-C PD
  • Pengimbas cap jari di panel belakang
  • Sistem penyejukan ICE 2.1
  • Pilihan warna: Iron Black, Silver Storm, Red & Blue
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend