Nubia Red Magic 3 Kini Dibawa Masuk Ke Malaysia Secara Eksklusif Oleh Celcom Pada Harga Bermula RM499 Comments Off on Nubia Red Magic 3 Kini Dibawa Masuk Ke Malaysia Secara Eksklusif Oleh Celcom Pada Harga Bermula RM499 362

Jika anda sedang mencari sebuah telefon pintar yang memfokuskan aspek permainan mudah alih, kini anda sudah boleh memiliki Nubia Red Magic 3 untuk pasaran tempatan. Dibawa masuk secara eksklusif oleh Celcom, anda boleh mendapatkannya pada harga lebih menarik bergantung kepada pelan yang dilanggan.

Pelanggan yang melanggan pelan Celcom Mobile Platinum Plus (100GB) dengan komitmen bulanan RM188, boleh mendapatkan Nubia Red Magic 3 pada harga hanya RM499 sahaja. Selain daripada pelan ini, Celcom turut menawarkan tiga lagi pilihan pelan dengan komitmen bulanan lebih rendah iaitu antara RM98 hingga RM148 sebulan.

Manakala untuk pengguna pelan pascabayar Celcom Xpax XP60 (10GB) dengan komitmen bulanan RM60 pula, anda boleh memiliki Nubia Red Magic 3 pada harga RM1,358. Malah pelanggan juga boleh memiliki Nubia Red Magic 3 ini tanpa langganan pelan pada harga RM2,199 dalam dua warna pilihan iaitu merah ataupun hitam.

Dibawakan secara eksklusif oleh Celcom, varian Nubia Red Magic 3 yang ditawarkan ini akan menyokong cipset Qualcomm Snapdragon 855, memori 8GB + 128GB, skrin 6.65 inci AMOLED FHD+ dengan paparan DCI-P3 dan kadar segar semula skrin 90Hz, sokongan getaran 4D, sistem penyejukan menggunakan kipas, speaker stereo, picu bahu sensitif sentuhan, dan bateri 5000 mAh dengan pengecas pantas 18W.

  • Miliki Nubia Red Magic 3 secara eksklusif hanya di Celcom

Baca juga:

Nubia Red Magic 3 Diumumkan Dengan Snapdragon 855, Kipas Penyejuk, Paparan 90Hz, Video 8K

AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Berprestasi Tinggi Untuk Bulan Jun 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend