Nubia Kongsi Video Demonstrasi Untuk Fungsi Perkongsian Skrin Tanpa Wayar Pada Red Magic 5G Comments Off on Nubia Kongsi Video Demonstrasi Untuk Fungsi Perkongsian Skrin Tanpa Wayar Pada Red Magic 5G

Apabila sebut sahaja tentang telefon pintar yang dibangunkan khusus untuk segmen gaming, siri Red Magic keluaran Nubia boleh dikatakan antara yang terbaik ditawarkan di pasaran.

Malah sebelum ini Nubia juga telah dilaporkan akan tampil dengan model gaming terbaharu melalui kemunculan Red Magic 5G yang bakal dilengkapi teknologi skrin dengan pilihan kadar segar semula antara 60Hz, 90Hz, 120Hz dan sehingga 144Hz.

Selain sokongan kadar segar semula skrin yang tinggi, Presiden Nubia juga baru-baru ini telah berkongsi sebuah video yang memperlihatkan demonstrasi terhadap fungsi perkongsian skrin tanpa wayar dengan keupayaan kependaman rendah (low latency).

Berdasarkan video acah yang dikongsikan itu, Nubia Red Magic 5G dilihat mampu menjanjikan pengalaman permainan yang sangat lancar untuk tiga jenis permainan berbeza.

Sungguhpun begitu, rekaan sebenar Nubia Red Magic 5G masih lagi kekal misteri kerana unit yang digunakan di dalam video itu telah dilindungi dengan sarung pelindung berwarna hitam.

Setakat ini Nubia Red Magic 5G telahpun disahkan akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 865, dan ia juga dijangka akan turut menyokong teknologi pengecasan pantas berkuasa 55W.

sumber, melalui

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend