Nokia X6 Akan Menyokong Fungsi Untuk Menyembunyikan Takuk Melalui Penerimaan Kemas Kini Comments Off on Nokia X6 Akan Menyokong Fungsi Untuk Menyembunyikan Takuk Melalui Penerimaan Kemas Kini

Trend rekaan takuk pada skrin sudah tidak boleh dielakkan lagi kerana Google sendiri turut menggunakan rekaan yang sama pada Google Pixel 3 XL yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Memandangkan ada di antara pengguna yang masih belum dapat menerima rekaan skrin sebegini, kebanyakan pengeluar telah tampil dengan penyelesaiannya sendiri iaitu memperkenalkan fungsi khusus untuk menyembunyikannya.

Nokia juga dilihat mengambil pendekatan yang sama untuk model terbarunya iaitu Nokia X6 yang buat masa ini hanya tersedia untuk pasaran di China sahaja. Melalui kemas kini terbaru yang telah diterima, Nokia X6 kini telah disediakan dengan fungsi untuk menyembunyikan takuk sama seperti yang kaedah yang diperkenalkan pada Huawei P20 Pro dan juga LG G7 ThinQ.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend