Nokia Pisang (8110) Akan Dijual Di Asia Pada Penghujung Mei Ini – Bermula Di Singapura Dan Vietnam Comments Off on Nokia Pisang (8110) Akan Dijual Di Asia Pada Penghujung Mei Ini – Bermula Di Singapura Dan Vietnam

Nokia 8110 atau lebih dikenali sebagai ‘Nokia Pisang’ kerana menampilkan rekaan seperti pisang ini telah diumumkan secara rasmi di dalam acara Mobile World Congress yang lepas. Walaupun mengekalkan rekaan yang hampir sama seperti model asalnya, Nokia Pisang generasi terbaru ini telah dilengkapi dengan sambungan 4G LTE dan tersedia dengan aplikasi pra-pasang seperti Google Maps, Facebook dan Twitter.

Berdasarkan maklumat yang diterima, Nokia Pisang ini akan dijual untuk pasaran Asia pada penghujung Mei ini dan ia dikatakan akan mula dijual di Singapura dan Vietnam pada harga SGD109 (kira-kira RM320). Model yang mampu menyokong ketahanan bateri sehingga 20 hari dan lapan jam masa memanggil ini akan turut dijual di pasaran global yang lain tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend