
Nokia 8110 yang lebih dikenali sebagai ‘Nokia Pisang’ sememangnya sangat popular di kalangan peminat jenama ini, bahkan model ini pernah ‘membintangi’ filem The Matrix.
Diperkenalkan pada tahun 1996, Nokia nampaknya ingin mengembalikan semula nostalgia hampir 22 tahun yang lalu dengan memperkenalkan generasi kedua Nokia Pisang ini dengan ciri-ciri yang tidak akan membuatkan anda ‘pishang’. Dilengkapi dengan sambungan rangkaian yang lebih laju, Nokia 8110 4G yang baru ini telah didedahkan kepada umum buat pertama kalinya dalam acara MWC 2018.
Mengekalkan ciri-ciri asal dengan rekaan jenis gelungsur yang sangat popular pada era 90-an, Nokia 8110 4G ini turut dilengkapi dengan aplikasi sosial pra-pasang seperti Twitter, Facebook, Facebook Messenger, Google Assistant, Google Search dan juga Google Maps.
Sungguhpun begitu, agak mengecewakan kerana Nokia 8110 4G yang dioperasikan dengan Smart Feature OS yang dikuasakan oleh Kai OS ini dilihat tidak menyokong aplikasi permesejan popular iaitu WhatsApp.
Nokia 8110 4G atau ‘Nokia Pisang Moden’ ini dilancarkan pada bulan Mei 2018 nanti dengan harga jualan €79 atau bersamaan kira-kira RM376 seunit.
Spesifikasi | Nokia 8110 4G |
---|---|
Ukuran | 133.5 x 49.3 x 14.9mm |
Berat | 117g |
Platform | Smart Feature OS (Kai OS) |
CPU | Qualcomm MSM8905 Snapdragon 205 2x 1.1GHz Cortex-A7 |
GPU | Adreno 304 |
Memori | 4GB + RAM 512MB microSD (sehingga 64GB) |
Bateri | 1,500 mAh |
Paparan | 2.4 inci TFT 240 x 320 pixels |
Kamera Utama | 2 Megapiksel (LED flash) |
Kamera Depan | Tiada |
Sambungan | 802.11 b/g/n, Bluetooth v4.1, microUSB 2.0 |
Port Audio | 3.5mm audio jack |
Pilihan Warna | Banana Yellow dan Traditional Black |