
Sejak Apple memperkenalkan sokongan face unlock pada iPhone X, kaedah keselamatan biometrik menggunakan pengecaman wajah ini dilihat semakin popular apabila kebanyakan pengeluar peranti Android turut tampil dengan fungsi tersebut. Nampaknya peranti Nokia juga bakal menyokong fungsi face unlock, apabila Nokia Mobile dilihat telah mendedahkannya melalui akaun Twitter milik mereka baru-baru ini.
@deepalakshmii Nokia 8 Sirocco, Nokia 7 plus and the new Nokia 6, as well as the Nokia 8 will get face unlock as an OTA update in the coming months
— Nokia Mobile (@Nokiamobile) June 23, 2018
Menurut pendedahan itu, Nokia Mobile telah mengesahkan bahawa empat model keluarannya iaitu Nokia 8 Sirocco, Nokia 8, Nokia 7 Plus dan juga Nokia 6 akan menerima fungsi itu dalam kemas kini terbaru tidak lama lagi. Sungguhpun begitu, tahap keselamatan face unlock yang disokong bukanlah yang paling selamat kerana ia tidak menyokong sensor khusus untuk tujuan tersebut, sebaliknya sekadar menggunakan bantuan kamera hadapan sahaja.

Tetapi dengan adanya sokongan fungsi face unlock, ia sekurang-kurangnya memberikan alternatif yang lebih mudah berbanding menggunakan fungsi keselamatan pengimbas cap jari.