Nokia Mobile Care Telah Mengesahkan Penerimaan Kemas Kini Android P Bermula Ogos Nanti Comments Off on Nokia Mobile Care Telah Mengesahkan Penerimaan Kemas Kini Android P Bermula Ogos Nanti

Sebagaimana yang kita telah ketahui, beberapa model terpilih seperti Nokia 7 Plus, Nokia 8 Sirocco, Nokia 7 dan Nokia 6.1 telahpun menerima kemas kini Android P versi beta. Walau bagaimanapun setakat ini masih belum ada sebarang maklumat rasmi yang didedahkan berhubung kemas kini versi stabil untuk empat model tersebut.

Nampaknya baru-baru ini Nokia Mobile Care telah mendedahkan bahawa kemas kini Android P versi stabil akan mula ditawarkan untuk beberapa model Nokia terpilih bermula Ogos nanti. Tetapi pendedahan yang dibuat melalui emel itu tidak pula menyatakan model apa yang akan menerima kemas kini tersebut.

Kemas kini Android P versi beta.

Pada pendapat kami, berkemungkinan besar keempat-empat model yang dinyatakan di atas merupakan antara model terawal yang akan menerima kemas kini Android P versi stabil itu nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend