Nokia Mobile Akan Melancarkan Peranti Baru Pada 29 Mei 2018 Comments Off on Nokia Mobile Akan Melancarkan Peranti Baru Pada 29 Mei 2018

HMD Global atau dikenali sebagai Nokia Mobile baru-baru ini ada berkongsi satu imej yang mendedahkan perancangan mereka untuk melancarkan peranti terbaru keluarannya yang akan berlangsung pada 29 Mei 2018 nanti di Moscow, Rusia.

Dengan menggunakan tanda pagar #ChargedUp, ia mungkin merujuk kepada bateri dan ada khabar angin yang mempercayai Nokia Mobile akan melancarkan model Nokia X6. Ini kerana ia merupakan siri Nokia X pertama yang hadir dengan sokongan teknologi pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Memandangkan majlis pelancaran itu sudah tidak lama lagi, nantikan pendedahan rasmi yang akan diumumkan oleh Nokia Mobile pada majlis pelancarannya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend