Nokia C2 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Spesifikasi Asas Untuk Segmen Peranti Bajet Comments Off on Nokia C2 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Spesifikasi Asas Untuk Segmen Peranti Bajet

HMD Global hari ini telahpun melancarkan satu lagi telefon pintar terbaharunya iaitu Nokia C2 yang diperkenalkan khusus untuk segmen peranti bajet pada harga lebih mampu milik.

Nokia C2 yang dioperasikan dengan sistem operasi Android 9.0 Pie Go Edition ini telah dikuasakan oleh cipset empat teras berkelajuan 1.4GHz daripada Unisoc. Peranti ini turut menyokong RAM berkapasiti 1GB, storan sebesar 16GB, dan juga slot kad microSD sehingga 64GB.

Dilengkapi paparan skrin HD+ berukuran 5.7 inci, Nokia C2 dijana dengan bateri berkapasiti 2800mAh dengan pengecasan 5W menggunakan port microUSB. Apa yang menariknya, bateri Nokia C2 boleh dikeluarkan dari slotnya.

Nokia C2 juga menyokong kamera utama 5MP dan juga kamera swafoto yang juga beresolusi 5MP. Selain itu ia juga akan tersedia dengan bicu audio 3.5mm, Bluetooth v4.2, WiFi 2.4GHz, FM Radio dan juga slot dwi kad SIM bersaiz nano.

Buat masa ini HMD Global masih lagi belum mengumumkan harga dan juga ketersediaan jualan Nokia C2 di pasaran.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend