
Walaupun Nokia 9 PureView masih lagi belum dilancarkan secara rasmi, Nokia telah dikhabarkan bakal hadir dengan generasi terbaharu Nokia 9 PureView menjelang Ogos 2019 nanti. Pendedahan eksklusif berhubung perkara ini telah dikongsikan oleh Nokia_Leaks melalui akaun Twitter.
Nokia 9 PureView successor with Snapdragon 855 planned tentatively in August 2019. 5G support, Penta-Lens camera, 2K display true edge-to-edge display with camera hole. @Nokiapoweruser #Nokia #Nokia9PureView
— Nokia_Leaks (@LeaksNokia) January 2, 2019
Berdasarkan perkongsian itu, Nokia 9 PureView versi peningkatan itu dipercayai akan menyokong pemproses Qualcomm Snapdragon 855, dilengkapi dengan rangkaian 5G, dan juga paparan skrin penuh edge-to-edge beresolusi 2K yang turut hadir dengan rekaan lubang kamera swafoto pada skrin.
It will pack bigger sensor than Nokia 9 PureView & better imaging quality
— Nokia_Leaks (@LeaksNokia) January 2, 2019
Sungguhpun masih mengekalkan sokongan lima kamera pada panel belakang sama seperti Nokia 9 PureView, model baharu itu dikatakan akan menggunakan sensor kamera yang lebih besar bagi memastikan kualiti penggambaran yang lebih baik.
Memandangkan Nokia 9 PureView sendiri masih belum dilancarkan secara rasmi, adalah lebih selamat untuk kita menganggap berita ini sebagai sekadar khabar angin sahaja buat masa ini.
Tonton video promosi Nokia 9 PureView yang tertiris di Internet: