Nokia 9 PureView Akan Mula Dijual Secara Rasmi Di Thailand Bermula 5 Julai Ini Pada Harga Sekitar RM2,559 Comments Off on Nokia 9 PureView Akan Mula Dijual Secara Rasmi Di Thailand Bermula 5 Julai Ini Pada Harga Sekitar RM2,559 225

HMD Global sebelum ini telah melancarkan telefon pintar mercunya pertamanya dengan sokongan lima kamera iaitu Nokia 9 PureView pada Februari 2019 yang lalu. Nampaknya pengguna di Thailand bakal menjadi negara terawal di rantau Asia Tenggara untuk menerima kemasukan Nokia 9 PureView secara rasmi.

Berita tentang kehadiran telefon pintar pertama di dunia dengan sokongan lima kamera ini telah disahkan melalui pendedahan yang telah dibuat oleh kedai rasmi Nokia di Shopee Thailand. Berdasarkan imej yang dikongsikan, Nokia 9 PureView akan dijual secara eksklusif di Shopee pada harga istimewa iaitu THB18,900 (~RM2,559), berbanding harga asal THB21,900 (~RM2,966).

Menurut pendedahan yang telah dibuat oleh portal GSMArenaNokia 9 PureView akan mula dijual secara atas talian untuk pasaran Thailand pada 5 Julai 2019 nanti.

Sebagai rujukan, Nokia 9 PureView telah dikuasakan dengan Snapdragon 845, dioperasikan oleh Android 9.0 Pie, kombinasi memori 6GB + 128GB, panel skrin P-OLED QHD+ berukuran 5.99 inci, bateri 3320 mAh, dan juga lima kamera beresolusi 12MP (2x lensa RGB + 3x lensa monokrom).

melalui, sumber

Baca juga:

Nokia 9 PureView Kini Rasmi – 5 Kamera Belakang ZEISS, Paparan pOLED 5.99″ QHD+

Perkongsian Hasil Gambar Daripada Nokia 9 PureView Dengan Sokongan Lima Lensa ZEISS

Pengimbas Cap Jari Pada Nokia 9 PureView Lebih Mudah Diakses Tanpa Kebenaran Selepas Dikemaskini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend