Nokia 8.1 Dengan Android 9.0 Pie Akan Dijual Pada Harga RM1,699 Bermula 18 Januari 2019 0 316

Hari ini HMD Global telah mengumumkan penawaran satu lagi model terbaru keluarannya iaitu model Nokia 8.1 untuk pasaran tempatan bermula 18 Januari 2019 nanti. Dengan harga jualan RM1,699, Nokia 8.1 boleh didapati dalam dua warna pilihan iaitu biru dan juga perak.

Nokia 8.1 hadir dengan sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 710, dioperasikan pula oleh antaramuka Android 9.0 Pie, dan juga memiliki konfigurasi memori 4GB (LPDDR4x) beserta memori dalaman sebesar 64GB. Ia turut memiliki paparan skrin berukuran 6.18 inci PureDisplay FHD+ yang turut menyokong teknologi paparan HDR10.

Keupayaan penggambarannya pula menampilkan dwi kamera beresolusi 12MP (1.4μm) daripada ZEISS dengan kombinasi lensa kedua beresolusi 13MP untuk mendapatkan efek bokeh, dan juga kamera depan beresolusi 20MP. Istimewanya keupayaan rakaman videonya menjanjikan kualiti audio terbaik daripada OZO Surround.

Bagi yang berminat, Nokia 8.1 boleh dibeli bermula 18 Januari nanti melalui kedai Nokia yang sah di seluruh negara ataupun secara dalam talian di Lazada.

Spesifikasi Nokia 8.1:

  • Android 9.0 Pie
  • Qualcomm Snapdragon 710
  • 4GB (LPDDR4x) + 64GB (eMMC 5.1)
  • microSD sehingga 400GB
  • 6.18 inci PureDisplay FHD+ (HDR10, 500 nits, 1:1500)
  • Nisbah paparan 18.7:9
  • Kamera utama: 12MP ZEISS (1.4μm, OIS, EIS, Dual Hi-Cri Flash) + 13MP
  • Kamera depan: 20MP (0.9μm)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm, USB Type-C
  • 3500 mAh (teknologi pengecasan pantas 18W)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend