
Selain Nokia 1, HMD Global juga turut mengumumkan kehadiran satu lagi model keluarannya dengan model Nokia 7 Plus untuk pasaran di Malaysia. Nokia 7 Plus yang disasarkan untuk pasaran peranti kelas pertengahan ini akan dijual pada harga RM1,699 dan boleh dibeli mulai 20 April 2018.
Nokia 7 Plus yang hadir dengan platform Android One ini menampilkan rekaan premium dengan penggunaan aluminium siri 6000 yang menjanjikan ketahanan yang lebih baik. Dilengkapi dengan paparan skrin 18:9 berukuran 6 inci IPS LCD dengan resolusi 2160 x 1080 piksel, Nokia 7 Plus telah dikuasakan oleh pemproses kelas pertengahan iaitu Qualcomm Snapdragon 660, storan 64GB dan juga RAM 4GB (LPDDR4).
Didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Black/Copper dan White/Copper, ia menjanjikan keupayaan penggambaran terbaik dengan sokongan dwi kamera beresolusi 12 Megapiksel (1.4um, f/1.75) + 13 Megapiksel (1.0um, f/2.6) daripada ZEISS yang hadir dengan ciri 2x zum optikal . Malah sokongan kamera swafotonya juga telah dipertingkatkan dengan sokongan lensa 16 Megapiksel yang menampilkan ciri pengimejan AI.
Pembeli terawal Nokia 7 Plus akan turut menerima kotak hadiah bernilai RM300 secara percuma yang mana mengandungi tripod Bluetooth, lensa ‘fish eye’, lensa ‘wide angle’ dan juga lensa ‘mikro’.