Nokia 7.2 Mula Terima Kemas Kini Rasmi Android 10 Dengan Tampalan Keselamatan Google Bulan Mac 2020 Comments Off on Nokia 7.2 Mula Terima Kemas Kini Rasmi Android 10 Dengan Tampalan Keselamatan Google Bulan Mac 2020

Apabila sebut sahaja tentang penerimaan kemas kini rasmi, Nokia sememangnya tidak mengecewakan kerana hampir kesemua model keluarannya sudahpun disahkan akan menerima kemas kini Android 10.

Nokia 7.2 juga kini telah dilaporkan sudah mula menerima kemas kini Android 10 secara rasmi. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Juho Sarvikas selaku Ketua Pegawai Produk (CPO) di HMD Global.

Hadir dengan saiz fail kemas kini sebesar 1.57GB, kemas kini untuk Nokia 7.2 ini juga turut menyokong tampalan keselamatan Google untuk bulan Mac 2020, sokongan mod gelap, Smart Reply, dan juga kawalan navigasi skrin penuh.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend