Nokia 7.2 Memperolehi 78 Mata Untuk Keupayaan Penggambaran Swafoto Di DxOMark Comments Off on Nokia 7.2 Memperolehi 78 Mata Untuk Keupayaan Penggambaran Swafoto Di DxOMark

Telefon pintar kelas pertengahan keluaran HMD Global iaitu Nokia 7.2 baru sahaja dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada penghujung bulan September yang lalu. Hadir dengan sokongan kamera depan 20MP menggunakan optik ZEISS, DxOMark telah mengumumkan bahawa ia telah berjaya memperolehi 78 mata untuk keupayaan penggambaran swafoto.

Setanding dengan skor yang dicatatkan oleh Sony Xperia 1, Nokia 7.2 telah berjaya mencatatkan 81 mata untuk prestasi swafoto dan juga 74 mata untuk rakaman video. Tidak dinafikan keupayaan kamera depan pada Nokia 7.2 bukanlah yang terbaik, tetapi ia berjaya mengatasi peranti mercu yang jauh lebih mahal seperti HUAWEI Mate 20 Pro (75 mata) dan juga Apple iPhone X (71 mata).

Nokia 7.2 kini sudahpun mula dijual secara rasmi di Malaysia pada penghujung September 2019 yang lalu dengan tanda harga RM1299. Ia dikuasakan dengan cipset Snapdragon 660, dioperasikan dengan platform Android One, 6GB + 128GB, skrin 6.3 inci FHD+ (HDR10), tri-kamera 48MP, dan juga bateri 3500mAh.

Hasil gambar diambil menggunakan kamera depan Nokia 7.2:

This slideshow requires JavaScript.

Baca juga:

Nokia 6.2 Dan Nokia 7.2 Kini Ditawarkan Untuk Pasaran Tempatan, RM899 Dan RM1299

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend