Nokia 7.2 Dan Nokia 2.2 (3GB + 32GB) Ditawarkan Pada Harga Promosi Bermula RM399 Di Shopee Comments Off on Nokia 7.2 Dan Nokia 2.2 (3GB + 32GB) Ditawarkan Pada Harga Promosi Bermula RM399 Di Shopee

Bersempena pembukaan kedai rasmi Nokia Mobile di Shopee, anda kini boleh mendapatkan penjimatan untuk pembelian tiga model terpilih sehingga 12 Disember 2019 nanti bersempena promosi Shopee 12.12 Birthday Sale.

Untuk tempoh terhad ini, anda boleh memiliki Nokia 7.2 pada harga hanya RM1,099 berbanding harga asalnya RM1,299. Dioperasikan dengan Android 9.0 Pie berasaskan platform Android One, peranti ini telah dikuasakan dengan sokongan cipset Snapdragon 660, skrin 6.3 inci FHD+, tri-kamera 48MP ZEISS Optic, kamera depan 20MP, 6GB + 128GB dan juga bateri berkapasiti 3500mAh.

Manakala Nokia 2.2 varian 3GB + 32GB, pula boleh dimiliki pada harga RM399 (harga asal RM499). Dikuasakan dengan cipset MediaTek Helio A22, Nokia 2.2 turut tersedia dengan paparan skrin HD+ berukuran 5.7 inci, kamera utama 13MP, kamera depan 5MP, dan bateri 3000mAh.

Baca juga:

Nokia 7.2 Memperolehi 78 Mata Untuk Keupayaan Penggambaran Swafoto Di DxOMark

Nokia 2.2 Dengan Sokongan Kamera Mod Malam, Akan Dijual Pada Harga RM399 Bermula 28 Jun 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend