Nokia 6.1 Tidak Menerima Versi Beta, Sebaliknya Akan Terus Menerima Kemas Kini Android 9.0 Pie Rasmi Comments Off on Nokia 6.1 Tidak Menerima Versi Beta, Sebaliknya Akan Terus Menerima Kemas Kini Android 9.0 Pie Rasmi

Seperti yang telah dijadualkan, model Nokia 6.1 Plus dan juga Nokia 6.1 akan menerima kemas kini Android 9.0 Pie versi stabil pada bulan ini. Namun begitu walaupun bulan Oktober sudah sampai ke penghujungnya, buat masa ini hanya Nokia 6.1 Plus sahaja yang dilihat menerima kemas kini Android 9.0 Pie dalam versi beta untuk proses pengujian.

Perkara ini telah menyebabkan ramai di antara pemilik Nokia 6.1 telah mempersoalkan status penerimaan kemas kini Android versi terbaharu itu di media sosial. Apa yang menariknya, Ketua Pegawai Produk di HMD Global sendiri telah menjawab pertanyaan itu dengan mengesahkan bahawa peranti itu tidak akan menerima versi beta, sebaliknya ia akan terus menerima versi yang stabil tidak lama lagi.

Sebagai rujukan, Nokia 6.1 menyokong Android Oreo berasaskan platform Android One ini hadir dengan paparan skrin 5.5 inci FHD, dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 630, menyokong RAM berkapasiti 3GB/4GB, ruang storan 32GB/64GB, kamera utama 16MP, kamera depan 8MP dan juga bateri sebesar 3000 mAh.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend