Nokia 6.1 Plus Dan 5.1 Plus Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 26 September 2018 Comments Off on Nokia 6.1 Plus Dan 5.1 Plus Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 26 September 2018

Hari ini kami telah menerima emel jemputan daripada Nokia Malaysia untuk menghadiri majlis pelancaran rasmi dua model terbaharunya iaitu Nokia 6.1 Plus dan juga 5.1 Plus. Berdasarkan kepada jemputan media tersebut, kedua-dua model ini akan dilancarkan secara rasmi pada minggu depan iaitu 26 September 2018.

Nokia 6.1 Plus akan dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 636, skrin IPS LCD sebesar 5.8 inci FHD+, USB Type-C, bateri 3060 mAh dengan Quick Charge 3.0, Bluetooth 5.0, dan juga pengimbas cap jari pada panel belakang. Manakala untuk penggambarannya pula ia dilengkapi dwi kamera utama beresolusi 16MP + 5MP serta kamera hadapan 16MP.

Nokia 6.1 Plus sokong rekaan takuk lebih kecil.

Nokia 5.1 Plus pula menyokong pemproses MediaTek Helio P60, skrin IPS LCD berukuran 5.86 inci HD+, dan juga sambungan Bluetooth v4.2. Sama seperti Nokia 6.1 Plus, model ini turut menyokong port USB Type-C, dan juga kapasiti bateri yang sama besar tetapi tidak dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas. Kamera utamanya hadir dengan konfigurasi 13MP + 5MP, dan kamera hadapan beresolusi 8MP.

Nokia 5.1 Plus hadir dengan rekaan takuk lebih lebar.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat berhubung spesifikasi ataupun harga jualan untuk kedua-dua model ini, nantikan pendedahan daripada kami pada hari pelancarannya nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend