Nokia 6.1 Dan Nokia 8110 4G Akan Dijual Pada Harga RM1,100 Dan RM285 Di Malaysia Bermula 6 Julai 2018 Comments Off on Nokia 6.1 Dan Nokia 8110 4G Akan Dijual Pada Harga RM1,100 Dan RM285 Di Malaysia Bermula 6 Julai 2018

Peminat jenama Nokia kini boleh memiliki dua model terbaru yang ditawarkan oleh HMD Global dengan penawaran Nokia 6.1 dan juga Nokia 8110 4G untuk pasaran tempatan. Kedua-dua model ini sudah boleh dimiliki melalui semua pengedar rasmi Nokia di seluruh negara bermula esok iaitu 6 Julai 2018.

Nokia 6.1 yang dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 630, menyokong paparan skrin 5.5 inci IPS LCD dengan resolusi FHD (1920 x 1080 piksel) dan akan dioperasikan oleh Android 8.0 Oreo. Keupayaan penggambarannya pula telah dibantu dengan sokongan kamera utama beresolusi 16 Megapiksel (f/2.0), serta kamera hadapan beresolusi 8 Megapiksel. Bateri berkapasiti 3000 mAh ini turut menyokong teknologi pengecasan pantas.

Nokia 8110 4G pula dioperasikan oleh Smart Features OS dan dikuasakan dengan pemproses dua teras dari Qualcomm 205 dengan kelajuan 1.1 GHz. Dengan sokongan paparan skrin berukuran 2.4 inci QVGA, ‘Nokia Pisang’ menyokong ruang storan sebesar 4GB, RAM 512MB dan juga bateri berkapasiti 1500 mAh.

Ditawarkan dalam varian 64GB + RAM 4GB, Nokia 6.1 akan dijual pada harga RM1100 dalam warna dua tona iaitu Blue/Copper. Manakala Nokia 8110 4G pula akan ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Traditional Black dan Banana Yellow pada harga RM285.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend