Nokia 6.1 Dan Nokia 7 Plus Terima Kemas Kini Utama Buat Kali Kedua, Kini Hadir Dengan Android 10 Comments Off on Nokia 6.1 Dan Nokia 7 Plus Terima Kemas Kini Utama Buat Kali Kedua, Kini Hadir Dengan Android 10

Tidak dinafikan lagi bahawa populariti Nokia tidaklah segah dahulu, ini mungkin disebabkan kesukarannya untuk bersaing dengan lambakan jenama telefon pintar dari China yang tampil dengan harga yang jauh lebih kompetitif.

Sungguhpun begitu, apa yang boleh dipuji dengan produk keluaran HMD Global ini adalah penerimaan kemas kini yang konsisten. Melalui perkongsian di Twitter, Nokia Mobile telah mengesahkan penerimaan kemas kini Android 10 untuk dua model keluarannya iaitu Nokia 6.1 dan juga Nokia 7 Plus.

Diperkenalkan pada awal tahun 2018 yang lalu, kedua-dua model yang pada awal kemunculannya dioperasikan dengan Android 8.0 Oreo ini telahpun menerima dua kemas kini utama untuk versi Android setakat ini. Seperti yang diketahui, peranti yang berasaskan platform Android One akan menerima kemas kini utama sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun.

Persoalannya, adakah ini merupakan kemas kini utama terakhir yang akan diterima oleh Nokia 6.1 dan Nokia 7 Plus?! Atau mungkinkah ia akan terus menerima kemas kini Android versi seterusnya pada masa akan datang?!

Baca juga:

Nokia 6.1 Tidak Menerima Versi Beta, Sebaliknya Akan Terus Menerima Kemas Kini Android 9.0 Pie Rasmi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend