Nokia 400 4G Mungkin Menjadi Telefon Asas Pertama Dioperasikan Dengan Android Comments Off on Nokia 400 4G Mungkin Menjadi Telefon Asas Pertama Dioperasikan Dengan Android

HMD Global boleh dikatakan antara pengeluar yang tidak mengabaikan segmen pasaran telefon asas melalui penawaran pelbagai model telefon yang dioperasikan dengan platform Android Go dan juga KaiOS.

Apa yang menariknya, baru-baru ini HMD Global dilaporkan bakal memperkenalkan model Nokia 400 4G yang dipercayai sebagai telefon asas pertama dioperasikan dengan versi Android tanpa sokongan skrin sentuh.

Ditemui dalam laman Wi-Fi Alliance, Nokia 400 4G yang dikenali dengan nombor model TA-1208 ini telah disenaraikan untuk dioperasikan oleh sistem operasi yang dikenali sebagai ‘GAFP’.

Perkara ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru kerana pada pertengahan tahun lepas, portal 9to5Google pernah mendedahkan sebuah video yang menyaksikan pengoperasian antaramuka Android pada peranti misteri yang dipercayai merupakan model Nokia.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend