Nokia 3.1 Plus Akan Dijual Bermula 25 Januari Pada Harga RM699 – Skrin 6.0″ Dan Dwi Kamera Comments Off on Nokia 3.1 Plus Akan Dijual Bermula 25 Januari Pada Harga RM699 – Skrin 6.0″ Dan Dwi Kamera

HMD Global selaku pengeluar telefon pintar jenama Nokia telah mengumumkan ketersediaan satu lagi telefon pintar Android One mampu miliknya untuk pasaran tempatan dengan pelancaran model Nokia 3.1 Plus pada 25 Januari 2019 ini.

Nokia 3.1 Plus menampilkan paparan skrin berukuran 6.0 inci IPS LCD HD+ dengan nisbah paparan 18:9, dikuasakan dengan pemproses lapan teras MediaTek Helio P22 (12 nm), dioperasikan oleh antaramuka Android 8.1 Oreo, konfigurasi memori 3GB + 32GB dengan slot kad microSD, dan juga bateri berkapasiti 3500mAh.

Dari segi keupayaan penggambarannya pula, ia hadir dengan dwi kamera beresolusi 13MP (f/2.0) + 5MP (f/2.4) dan juga kamera depan 8MP (f/2.2). Fungsi lain yang disokong oleh Nokia 3.1 Plus termasuklah sambungan WiFi 802.11n, Bluetooth v4.1, NFC, pengimbas cap jari, dan juga slot kad jenis hibrid.

Ditawarkan pada harga RM699, Nokia 3.1 Plus boleh dimiliki dalam warna biru di semua pengedar Nokia yang sah di seluruh negara bermula 25 Januari 2019. Setiap pembelian peranti ini akan turut menerima sarung pelindung tahan lasak, pelindung skrin kaca, dan juga powerbank 5200mAh bernilai RM109 secara percuma (selagi stok masih ada).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend