Nokia 3.1 Mula Terima Kemas Kini Android 8.1 Oreo, Ketersediaan Muat Turun Secara Berperingkat Comments Off on Nokia 3.1 Mula Terima Kemas Kini Android 8.1 Oreo, Ketersediaan Muat Turun Secara Berperingkat

HMD Global sebelum ini telah mengumumkan kemunculan Nokia 3.1 serentak dengan model Nokia 5.1 pada penghujung Mei yang lalu. Pengguna di negara ini telah mula menerima kemasukan model Nokia 3.1 ini secara rasmi pada pertengahan Julai 2018 pada harga RM655.

Bermula hari ini, HMD Global telah melepaskan kemas kini Android 8.1 Oreo untuk Nokia 3.1 dengan saiz fail mencecah sehingga 1.12GB. Selain menyokong antaramuka yang telah diperbaharui, kemas kini baharu ini turut menyokong sistem keselamatan Google untuk bulan September 2018 dan juga paparan status bateri pada peranti Bluetooth.

Memandangkan ketersediaan kemas kini Android 8.1 Oreo ini baru sahaja bermula, pemilik Nokia 3.1 akan menerimanya secara berperingkat-peringkat dan ia akan bermula di India terlebih dahulu. Kemas kini baharu ini akan diteruskan di seluruh dunia tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend