Nokia 3.1 Hadir Dengan Platform Android One Dan Paparan Skrin 18:9 Berukuran 5.2 Inci HD+ Comments Off on Nokia 3.1 Hadir Dengan Platform Android One Dan Paparan Skrin 18:9 Berukuran 5.2 Inci HD+

Sebagaimana Nokia 5.1, Nokia 3.1 juga turut dioperasikan dengan platform Android One iaitu versi Android 8.0 Oreo. Malah berbanding dengan generasi sebelumnya, Nokia 3.1 telah menyokong penambahbaikan pada spesifikasi dengan penggunaan pemproses lapan teras dari MediaTek 6750 yang 50% lebih pantas berbanding pemproses pada Nokia 3 (2017).

Nokia 3.1 ini juga turut menyokong paparan 18:9 berukuran 5.2 inci HD+ (1440 x 720 piksel) dengan panel skrin melengkung 2.5D dari Corning Gorilla Glass. Keupayaan penggambarannya juga telah dipertingkatkan dengan sokongan kamera utama beresolusi 13 Megapiksel dan juga 8 Megapiksel untuk kamera hadapan.

Tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu Blue/Cooper, Black/Chrome dan juga White/Iron, Nokia 3.1 akan mula dijula bermula Jun 2018 pada harga €139 (kira-kira RM640) untuk 16GB + RAM 2GB, manakala varian 32GB + RAM 3GB pula akan dijual pada harga €169 (kira-kira RM780).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend