Nokia 2720 Flip Dan Nokia 110 Turut Ditawarkan Di Malaysia, Harga Bermula RM120 Comments Off on Nokia 2720 Flip Dan Nokia 110 Turut Ditawarkan Di Malaysia, Harga Bermula RM120 469

Bersama-sama pelancaran Nokia 6.2 dan Nokia 7.2, HMD Global Malaysia juga mengemas kini portfolio apabila membawa lagi dua telefon untuk pengguna tempatan.

Nokia 2720 Flip ialah telefon dengan rekaan masa lalu yang mana telefon ini disasarkan kepada semua peringkat umur pengguna dengan tanda harga RM359 sebuah. Telefon lipat ini memiliki papan kekunci yang lebar yang sesuai digunakan oleh pengguna yang berjari besar.


Ia didatangkan dengan sokongan 4G LTE malah menurut HMD, telefon ini boleh digunakan sebagai WiFi Hotspot memandangkan ia mempunyai bateri yang tahan lama. Aplikasi seperti Google Maps, Gmail, dan sebagainya pula boleh dimuat turun dari gedung Kai selain aplikasi popular seperti WhatsApp, Facebook, dan YouTube telah dipasang siap terus dari kotak. Bagi yang gemar mendengar muzik pula, telefon ini menyokong memori dalaman untuk pengguna melayan lagu-lagu MP3.

Beralih kepada telefon asas, Nokia 110 dijual pada harga RM120 sebuah. Ia telefon yang menjanjikan bateri selama sebulan dan sangat sesuai untuk dijadikan telefon semasa kecemasan atau digunakan oleh pengguna yang tidak mahir dengan telefon pintar. Menariknya, telefon ini masih mengekalkan permainan nostalgia, Snake.

Nokia 2720 Flip boleh dimiliki mulai hari ini di wakil penjual sah seluruh negara sementara Nokia 110 akan berada di pasaran seawal Oktober, bulan hadapan.

Baca juga:

HMD Global Perkenal Tiga Model Telefon Asas – Nokia 800 Tough, Nokia 2720 Flip Dan Nokia 110

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend