Nokia 2.3 Dengan Android One dan Hayat Bateri 2 Hari Diumumkan Secara Rasmi Comments Off on Nokia 2.3 Dengan Android One dan Hayat Bateri 2 Hari Diumumkan Secara Rasmi

HMD Global hari ini telah menambah satu lagi peranti baharu ke dalam barisan telefon pintar mampu milik mereka. Diberi nama Nokia 2.3, telefon ini hadir dengan spesifikasi asas yang dikuasakan sistem operasi Android One.

Nokia 2.3 dijana cipset MediaTek Helio A22, digandingkan memori 2GB RAM, dan storan 32GB yang boleh diperluaskan. Ia menyokong dwi-SIM, WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, sambungan microUSB, radio FM, dan bicu audio 3.5mm.

Pada bhagian skrin, telefon ini menawarkan paparan sebesar 6.2-inci dengan resolusi HD 720p. Rekaan takuk yang masih dikekalkan telah menyertakan kamera swafoto 5MP manakala kamera utama dilengkapi sistem dwikamera 13MP + 2MP.

Menurut Nokia, telefon ini didatangkan bateri 4000mAh yang boleh bertahan selama dua hari dengan sekali pengecasan. Bagaimanapun, teknologi pengecasan pantas tidak dimuatkan bersama. Cuma yang menariknya, ia memiliki butang dedikasi Google Assistant di sisi kerangka sama seperti model terdahulu.

Nokia 2.3 dikeluarkan dalam tiga pilihan warna Cyan Green, Sand, dan Charcoal dengan tanda harga €109 (~RM503), hanya untuk pasaran Eropah buat masa ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend