Nokia 2.2 Dengan Sokongan Kamera Mod Malam, Akan Dijual Pada Harga RM399 Bermula 28 Jun 2019 Comments Off on Nokia 2.2 Dengan Sokongan Kamera Mod Malam, Akan Dijual Pada Harga RM399 Bermula 28 Jun 2019 276

HMD Global hari ini telah mengumumkan penawaran satu lagi telefon pintar bajet terbaharunya untuk pasaran tempatan iaitu Nokia 2.2, dan ia disasarkan untuk segmen telefon pintar kelas permulaan. Apa yang istimewanya, kehadiran Nokia 2.2 telah menjadikannya sebagai telefon pintar yang pertama dari siri tersebut yang menyertai program Android One.

Dioperasikan dengan Android 9.0 Pie, Nokia 2.2 telah disahkan akan menerima kemas kini versi Android untuk tempoh dua tahun, dan juga kemas kini keselamatan bulanan untuk tempoh tiga tahun. Ia juga turut menjanjikan spesifikasi asas seperti dikuasakan dengan cipset MediaTek Helio A22 (12nm), 2GB RAM, storan 16GB, skrin sebesar 5.71 inci HD+, dan juga bateri 3000 mAh.

Keupayaan penggambarannya pula tersedia dengan kamera depan beresolusi 5MP yang terletak di dalam takuk kecil, dan juga kamera utama beresolusi 13MP (f/2.2) yang dilengkapi fungsi penggambaran di dalam gelap.

Nokia 2.2 tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Steel dan Tungsten Black, dan ia akan dijual pada harga RM399 bermula 28 Jun 2019 (Jumaat) ini di semua kedai Nokia dan pengedar sah di seluruh negara.

Hasil gambar yang diambil menggunakan Nokia 2.2:

Baca juga:

Nokia Memindahkan Data Pengguna Ke Tempat Lebih Selamat

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend