Nokia 2.1 Sokong Speaker Stereo, Bateri 4000 mAh, Dan Dioperasikan Dengan Android Go Comments Off on Nokia 2.1 Sokong Speaker Stereo, Bateri 4000 mAh, Dan Dioperasikan Dengan Android Go

Di antara ketiga-tiga model yang telah diperkenalkan oleh Nokia Mobile, Nokia 2.1 merupakan siri yang paling mampu milik tetapi sangat berbaloi untuk dimiliki kerana menyokong spesifikasi yang sangat baik. Tidak dinafikan bahawa rekaan paparan Nokia 2.1 masih lagi mengekalkan nisbah 16:9, tetapi saiz paparannya tampil lebih besar berukuran 5.5 inci HD (1280 x 720 piksel) berbanding hanya 5.0 inci pada generasi sebelum ini.

Lebih istimewanya, Nokia 2.1 turut menyokong dua buah speaker berkualiti stereo yang terletak pada bahagian atas dan bawah skrin. Malah ia juga berupaya menjanjikan ketahanan bateri sehingga dua hari dengan kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 4000 mAh. Tidak cukup dengan itu, ia juga dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 425, kamera utama 8 Megapiksel, kamera hadapan 5 Megapiksel, dan dioperasikan dengan platform Android Go.

Nokia 2.1 yang turut ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Blue/Copper, Blue/Silver dan Grey/Silver akan dijual mulai Julai 2018 ini pada harga USD115 (kira-kira RM460). Hanya satu varian boleh dimiliki iaitu 8GB + RAM 1GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend