Nikola Badger Adalah Lawan Kepada Tesla Cybertruck – 906HP Dikuasakan Hidrogen Comments Off on Nikola Badger Adalah Lawan Kepada Tesla Cybertruck – 906HP Dikuasakan Hidrogen

Nikola Motor Company, sebuah syarikat reka bentuk dan pengeluar komponen elektrik dari Arizona baru-baru ini tampil dengan trak pikap berkuasa hidrogen. Mereka menamakannya Nikola Bagder.

Nikola Badger ialah kenderaan pacuan empat roda mesra alam dengan zero-emission yang diperkenalkan untuk menyaingi trak elektrik daripada Tesla, Rivian, Ford, dan General Motors.

Saiz trak ini agak besar dengan ukuran panjang 5890mm x lebar 2180mm x tinggi 1870mm. Ia berupaya untuk menarik beban di belakang sehingga 8000 paun (3.628 tan) di atas enjin daripada sistem hidrogen yang mampu menjana 906 kuasa kuda, 980nm tork, memecut 0-100 kmj dengan hanya 2.9 saat disamping jarak perjalanan mencecah 600 batu (965.6 kilometer) untuk satu tangki penuh.

Sekiranya pelanggan merasakan sel bahan api hidrogen sukar untuk didapati, Nikola sedia menawarkan Badger dalam versi sel bateri tetapi dengan separuh jarak perjalanan iaitu sekitar 300 batu (482.8 kilometer).

Nikola Badger akan dilancarkan pada September 2020 sementara Nikola bercadang untuk membina 100 stesen hidrogen bagi membantu pelanggan mereka mendapatkan bahan api dengan mudah kelak.

Di Malaysia pula, penggunaan kenderaan hidrogen telah mula diuji di Sarawak dalam sistem pengangkutan bas awam di bandar Kuching sejak Januari lalu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend