Nikmati ‘Salji’ Di Malaysia Bersempena Musim Perayaan Ini Di Empat Negeri Sepanjang Disember Ini – Huawei Snowy Christmas Comments Off on Nikmati ‘Salji’ Di Malaysia Bersempena Musim Perayaan Ini Di Empat Negeri Sepanjang Disember Ini – Huawei Snowy Christmas 771

Bersempena menyambut perayaan Krismas di negara ini, Huawei Malaysia telah menganjurkan kempen menarik bertemakan ‘Snowy Christmas’ di empat buah negeri berbeza di negara ini. Sepanjang kempen ini diadakan, anda boleh menikmati kemeriahan suasana salji buatan manusia.

Kempen bertemakan ‘Make It Snow’ yang pernah diadakan pada tahun lepas bagi meraikan kemeriahan perayaan Krismas ini telah berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung, jadi pastikan anda tidak melepaskan peluang menarik ini nanti…

Bagi yang berminat untuk turut serta, anda sudah boleh mengunjungi pusat membeli-belah yang telah mengambil bahagian seperti berikut:

  • Kuala Lumpur (Pavilion) – 1 hingga 25 Disember (8 malam setiap hari)
  • Pulau Pinang (Sunway Carnival) – 1, 8, 9, 15, 16, 22 hingga 25 Disember (2 petang dan 8 malam setiap hari)
  • Johor Bahru (AEON Mall Tebrau City) – 21 hingga 26 Disember (6 petang dan 8 malam setiap hari)
  • Sarawak (AEON Mall Kuching Central) – 21 hingga 26 Disember (6 petang dan 8 malam setiap hari)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend