Nikmati Jaminan Waranti 2 Tahun Untuk Model Terpilih HUAWEI – 1 Julai Hingga 30 September 2019 Comments Off on Nikmati Jaminan Waranti 2 Tahun Untuk Model Terpilih HUAWEI – 1 Julai Hingga 30 September 2019 219

Kerajaan AS baru sahaja telah mengumumkan untuk menarik semula sekatan perdagangan yang dikenakan terhadap HUAWEI, selaku pengeluar telefon pintar kedua terbesar di dunia. Nampaknya pengguna di negara ini yang bercadang untuk memiliki peranti terpilih keluaran HUAWEI, turut menerima satu lagi berita gembira.

Bermula 1 Julai 2019 hingga 30 September 2019 nanti, setiap pembelian model terpilih daripada siri HUAWEI Mate 20, siri HUAWEI P30, siri HUAWEI Nova 4, siri HUAWEI MediaPad M5, dan juga Nova 3i, akan turut menikmati jaminan waranti tambahan selama satu tahun. Ini secara tidak langsung membolehkan anda mendapatkan jaminan waranti sehingga 2 tahun.

Kempen jaminan waranti tambahan ini boleh ditebus melalui aplikasi HiCare, dan melalui kempen ini HUAWEI Malaysia yakin ia bukan sahaja mampu menawarkan produk yang berkualiti, tetapi dalam masa yang sama mampu mengembalikan keyakinan pengguna tempatan terhadap jenamanya.

Beli peranti HUAWEI terpilih dan dapatkan diskaun, hadiah percuma, serta jaminan waranti sehingga 2 tahun, eksklusif hanya di:

Baca juga:

HUAWEI P30 Pro, P30 Dan Nova 3i Kini Dijual Pada Harga Diskaun Sehingga RM400 – Hingga 30 September 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend