Mungkinkah Xiaomi Menyedari Kesilapan Lalu, Mi 10 Dijangka Akan Sokong Bateri Berkapasiti 4800mAh Comments Off on Mungkinkah Xiaomi Menyedari Kesilapan Lalu, Mi 10 Dijangka Akan Sokong Bateri Berkapasiti 4800mAh

Sebelum ini Lin Bin selaku Presiden Xiaomi telahpun mengesahkan kesahihan tentang kewujudan Xiaomi Mi 10 Pro yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Menariknya baru-baru ini peniris terkenal di Weibo pula telah melaporkan bahawa edisi biasa untuk model Mi Note 10 akan dijana dengan kapasiti bateri yang besar iaitu mencecah sehingga 4800mAh.

Jika dilihat pada model Mi 9 yang dilancarkan pada awal tahun 2019 yang lalu, ia telah dilengkapi dengan sokongan spesifikasi yang berkuasa. Namun begitu, saiz kapasiti bateri yang kecil iaitu hanya 3300mAh sedikit sebanyak telah menyebabkan rata-rata daripada pengguna tidak begitu berpuas hati.

Jadi dengan sokongan kapasiti bateri yang jauh lebih besar pada Mi 10 ini nanti sudah tentunya mampu menjadi salah satu daripada daya tarikan baharu buat pengguna yang obses dengan angka kapasiti bateri yang disokong oleh sesebuah peranti.

Xiaomi sebelum ini telah mengesahkan akan menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 865 pada siri Mi 10.

Tetapi persoalannya, mungkinkan Xiaomi akan turut menawarkan teknologi pengecasan pantas 66W (11V/6A) pada Mi 10 ini nanti?! Sama-sama kita nantikan pendedahan maklumat lebih terperinci tentang Mi 10 ini dalam masa terdekat nanti.

Baca juga:

Xiaomi Dilaporkan Sedang Menguji Tetapan Kawalan Paparan Yang Lebih Terperinci Pada MIUI 11

Xiaomi Mi 9T Pro Varian Tertinggi Terima Penurunan Harga – Kini Berharga RM1599

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend