Mungkinkah Ini Rekaan HUAWEI P40 Pro?! Imej Pengolokan Dikongsikan Oleh Pembuat Sarung Pelindung Comments Off on Mungkinkah Ini Rekaan HUAWEI P40 Pro?! Imej Pengolokan Dikongsikan Oleh Pembuat Sarung Pelindung

Imej pengolokan HUAWEI P40 Pro sebelum ini telah dikongsikan oleh peniris popular @onleaks, namun rekaannya dilihat tidak begitu jelas kerana ia kelihatan agak gelap. Malah peranti ini juga telah dilaporkan akan hadir dengan sokongan penta kamera dengan kehadiran lensa periskop yang mampu dizum sehingga 10x zum optikal.

Baru-baru ini melalui pendedahan pembuat sarung pelindung di China, imej pengolokan untuk model HUAWEI P40 Pro telah mula dikongsikan melalui laman Weibo. Berdasarkan imej pengolokan itu, ia jelas memperlihatkan rekaan skrin penuh dengan sokongan dwi kamera yang ditempatkan pada sisi atas kiri skrin.

Manakala bahagian belakangnya pula telah tersedia dengan sokongan penta kamera dengan susunan menegak pada permukaan lensa berbentuk segi empat tepat. Walaupun masih belum diketahui jenis lensa yang akan disokong, salah satu daripada lensa itu menyokong teknologi periskop sama seperti yang disokong pada HUAWEI P30 Pro, tetapi telah dipertingkatkan keupayaannya.

Imej pengolokan itu juga turut memperlihatkan sokongan port inframerah untuk fungsi kawalan alat kawalan jauh, port USB Type-C, speaker dan tiada bicu audio 3.5mm disediakan. Apa yang pasti, pendedahan imej pengolokan ini mungkin sekadar panduan pengeluar sahaja, dan ia mungkin tidak mewakili rekaan sebenar HUAWEI P40 Pro nanti.

sumber

Baca juga:

Ketirisan Gambar Modul Kamera Untuk HUAWEI P40 Jelas Menyaksikan Sokongan Tiga Lensa Kamera

Reka Bentuk HUAWEI P40 dan P40 Pro Muncul Dalam Imej Pengolokan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend