Mungkinkah Hasil Gambar Ini Diambil Menggunakan Mod Berbeza Pada Huawei P30 Pro?! 0 215

Huawei P30 Pro sebelum ini telah dilaporkan akan hadir dengan sokongan modul lensa jenis periskop yang dikatakan mampu menjanjikan kualiti gambar yang lebih baik walaupun selepas dizum sehingga 10x. Berita mengenai sokongan teknologi lensa ini telah disokong pula dengan ketirisan imej rekaan lensa Huawei P30 Pro.

Apa yang menariknya, hasil gambar yang dipercayai diambil dengan menggunakan sistem empat kamera pada Huawei P30 Pro ini dipercayai telah dikongsikan di Internet oleh Bruce Lee selaku Naib Presiden Produk Mudah Alih Huawei. Walau bagaimanapun perkongsian gambar itu pada awalnya bertujuan untuk memperlihatkan pencawang rangkaian 5G yang dipasang oleh Huawei dan Vodafone di lokasi MWC 2019 berlangsung.

Mod Ultra Wide
Mod 1x (normal)
Mod 5x zum
Mod 10x zum

Berdasarkan empat keping gambar yang dikongsikan itu, ia jelas diambil menggunakan empat mod penggambaran berbeza iaitu mod sudut luas, mod normal, mod 5x zum dan juga mod 10x zum menggunakan modl lensa jenis periskop yang disokong oleh Huawei P30 Pro. Hasil gambar yang diambil dengan keupayaan 10x zum itu kelihatan sangat jelas tanpa isu noise.

Sumber

Baca juga:

Foto Dipercayai Diambil Daripada Huawei P30 Pro Mula Tersebar

Huawei P30 Sokong Panel OLED Dan P30 Pro Pula Hadir Dengan Fungsi Zum Optikal Periscope

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend