Mudah.my Memperuntukkan Kredit Iklan Bernilai RM1 Juta Untuk Peniaga Tempatan Comments Off on Mudah.my Memperuntukkan Kredit Iklan Bernilai RM1 Juta Untuk Peniaga Tempatan

Mudah.my telah memperkenalkan inisiatif baharu untuk menyokong perniagaan kecil dan mikro melalui kempen ‘Ramadan bersama Mudah.my’. Objektifnya ialah untuk membantu peniaga berhubung dengan pembeli secara efektif dan yang lebih penting, berurusan secara selamat tanpa perlu keluar dari rumah.

Dengan lebih daripada 8 juta pengguna di Malaysia setiap bulan, Mudah.my menyediakan peluang pemasaran yang lebih luas and efektif untuk perusahaan kecil dan mikro dalam menjual produk mereka sepanjang bulan Ramadan ini.

Mudah.my telah memperuntukkan kredit pengiklanan bernilai RM1juta untuk diberikan kepada peniaga yang menyertai kempen ‘Ramadan Bersama Mudah.my’. Setiap peniaga yang menyertainya akan menerima kredit bernilai RM100 yang boleh digunakan untuk menonjolkan iklan bagi peningkatan jualan. Kategori-kategori yang termasuk dalam kempen ini adalah makanan, fesyen, kesihatan dan kecantikan, peralatan mandian dan bilik tidur, peralatan rumah, perkakas dapur, dan perabot serta hiasan rumah.

Perniaga yang berminat untuk menyertai kempen ‘Ramadan Bersama Mudah.my’ boleh melayari https://insights.mudah.my/ramadan-bersama-mudah/, e-mel kepada [email protected] atau hubungi 012-230 0316 untuk maklumat lanjut.

Selain itu, Mudah.my juga melancarkan kempen #mudahdirumah di mana orang ramai boleh membaca berita terkini dan benar mengenai COVID-19, termasuklah data kes-kes harian yang dikemas kini oleh Mudah.my. Melalui kempen ini, pekerja-pekerja Mudah.my dan rakyat Malaysia boleh juga menyampaikan mesej penghargaan kepada barisan hadapan negara.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend