Muat Turun Dua Tajuk Permainan Ini Di Playstation 4 Anda Secara Percuma Comments Off on Muat Turun Dua Tajuk Permainan Ini Di Playstation 4 Anda Secara Percuma

Sony Playstation hari ini telah melancarkan kempen ‘Play At Home’ yang mana melaluinya Sony berharap komuniti dapat berada di rumah bagi membendung penularan wabak COVID-19. Bagi menjadikan kempen ini lebih meriah, Sony Playstation turut menawarkan permainan percuma untuk ditebus oleh para pemain.

Bermula 15 April hingga 5 Mei 2020, Sony menghidangkan dua permainan bertajuk ‘Uncharted: The Nathan Drake Collection’ dan ‘Journey’ untuk dimuat turun secara percuma. Bagi pengguna di Malaysia, muat turun berbentuk digital ini boleh dibuat melalui Playstation Store di konsol PS4 anda mulai esok, 16 April 2020 jam 11 pagi.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend